Sistem pendaftaran untuk pembekal dan individu yang berurusan dengan Kerajaan.
- Pembekal bagi skop bidang kerja/perunding yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak termasuk dalam skop yang berdaftar dengan ePerolehan dan eBantuan. Pembekal kategori ini boleh membuat pendaftaran secara online di eVENDOR.
- Pembekal bukan SSM seperti yang berdaftar dengan ROS (pertubuhan), JAKIM (masjid), SKM (koperasi), ROB (bagi Sabah/Sawarak) dan lain-lain. Pembekal kategori ini perlu membuat pendaftaran secara offline di Pejabat Perakaunan dengan mengisi Borang Pendaftaran eVENDOR dan mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam borang tersebut.
- Penerima individu iaitu Payee Non Supplier (PANS) yang tidak terlibat dengan transaksi Arahan Pembayaran Pendapatan Bercukai dan tidak didaftarkan di dalam Vendor Master Data 1GFMAS. Penerima kategori ini perlu membuat pendaftaran secara offline di Pejabat Perakaunan dengan mengisi Borang Pendaftaran eVENDOR dan mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam borang tersebut.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui url https://evendor.anm.gov.my dan klik pada butang DAFTAR. Sila rujuk manual pengguna yang terdapat pada url tersebut.
- Pembekal/perunding/individu perlu memuat turun Borang & Panduan Pendaftaran Penamatan Pembekal di url https://evendor.anm.gov.my.
- Pembekal/perunding/individu perlu melengkapkan borang tersebut beserta lampiran dokumen (salinan Kad Pengenalan wakil syarikat/salinan Pasport, salinan Sijil Pendaftaran dan salinan buku akaun bank/penyata bank) kepada Pejabat Perakaunan (AO) / Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Jika anda adalah pembekal skop KERJA, anda perlu mendaftar semula di Sistem eVENDOR. Jika anda adalah pembekal SKOP BEKALAN & PERKHIDMATAN, anda perlu mendaftar di ePEROLEHAN (sekiranya perlu).
Pembekal akan memperolehi ID dan kata laluan untuk mengakses sistem eVENDOR melalui emel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran. Oleh itu, emel tersebut mesti wujud, masih sah digunakan dan mengikut format yang betul.
- Jika emel pembekal/perunding/individu yang digunakan masih sah, admin (pentadbir) yang baharu/individu dikehendaki membuat reset kata laluan, seterusnya mengemaskini kata laluan yang baharu serta maklumat admin syarikat di dalam sistem eVENDOR; atau
- Jika emel pembekal/perunding/individu yang digunakan tidak sah, pembekal/individu perlu mengemukakan borang pendaftaran dan penamatan pembekal kepada Pejabat Perakaunan bagi mengesahkan pentadbir baharu adalah pentadbir yang dilantik oleh syarikat.
- Jika PTJ menerima borang Pendaftaran dan Penamatan Pembekal, PTJ perlu mengemukakan borang tersebut kepada Pejabat Perakaunan untuk tindakan menghapuskan maklumat pembekal/individu tersebut supaya admin (pentadbir) syarikat dapat membuat pendaftaran semula dengan eVENDOR mengikut prosedur pendaftaran secara online atau offline.
Syarikat anda mungkin pernah berdaftar dengan ePerolehan (skop Bekalan dan Perkhidmatan) sebelum ini. Bagi tujuan mengemaskini maklumat (akaun bank untuk skop KERJA), pembekal dikehendaki mengemaskini maklumat tersebut di sistem ePerolehan.
1. Apakah tindakan saya apabila mendapati maklumat syarikat saya telah didaftarkan oleh pihak lain ?
- Membuat aduan kepada PTJ/Pejabat Perakaunan yang berdekatan melalui emel atau datang ke kaunter bahawa pendaftaran palsu telah dibuat oleh pihak lain.
- Pembekal/individu perlu memuat turun Borang & Panduan Pendaftaran Penamatan Pembekal di url https://evendor.anm.gov.my dan melengkapkan borang tersebut, seterusnya mengemukakan borang beserta lampiran dokumen (salinan Kad Pengenalan wakil syarikat, salinan Sijil Pendaftaran dan salinan buku akaun bank/penyata bank) kepada PTJ/Pejabat Perakaunan.
- Pentadbir di JANM akan menghapuskan rekod pembekal/individu yang palsu seperti yang telah dimaklumkan oleh PTJ/Pejabat Perakaunan.
Sila kemukakan nama syarikat, no pendaftaran syarikat, alamat, no telefon dan nama pusat pembayar atau nama Kementerian atau Jabatan yang anda berurusniaga, seterusnya keterangan aduan.
Sekiranya AO/PTJ mendapati Pendaftar tiada di dalam Senarai Pendaftar Offline, AO/PTJ diminta memaklumkan kepada Pentadbir JANM (seperti dalam maklumat Hubungi Kami).
Peranan AO di dalam Sistem eVENDOR ialah mendaftarkan pembekal offline/perunding/individu, sama ada mereka datang sendiri kepada AO, atau AO memperolehi maklumat pendaftaran pembekal offline/perunding/individu tersebut daripada PTJ. Selain itu, AO juga dapat membuat semakan data pembekal offline/perunding/individu yang telah didaftarkan di dalam Sistem eVENDOR.
PTJ berperanan mengumpul dan menyemak maklumat pembekal untuk dikemukakan kepada AO bagi tujuan pendaftaran offline.